icon-search
icon-search

Hari Syahid Palestin

Hari Syahid Palestin

Ada apa dengan tarikh 7 Januari ?

Tarikh tersebut diangkat sebagai ‘Hari Syahid Palestin’ (disebut juga sebagai Martyr's Day), sempena memperingati perjuangan para syahid yang mengorbankan hidup mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan tanah Palestin. 

Hari peringatan ini diisytiharkan secara rasmi pada tahun 1965 selepas seorang syuhada pertama, Ahmad Musa dibunuh tentera Israel ketika beliau berundur ke Jordan.

Difahamkan serangan berlaku daripada pihak Israel selepas Ahmad Musa melakukan operasi heroik di Terowong Eilabun, iaitu terowong air milik Israel yang terletak di perkampungan Palestin. 

Sejak peristiwa tersebut sehingga hari ini, lebih dari 100.000 rakyat Palestin telah syahid untuk mendapatkan kebebasan dan tinggal di tanah mereka bagi mempertahankan kehormatan, rumah dan keluarga mereka.

Panel Rujuk Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia dari YADIM, Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan menjelaskan bahawa syahid merangkumi kematian yang disebabkan penyakit atau wabak, melahirkan anak, lemas atau tenggelam dan mempertahankan harta serta maruahnya.

Maka, tidak dinafikan bahawa perkataan syahid sangat rapat dengan perjuangan para muslim dalam membela kebenaran dan mempertahankan hak dengan penuh kesabaran  dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.

Begitu juga perjuangan penduduk Palestin dalam memastikan tanah air mereka tidak dirampas oleh penjajah Israel dan rejim Zionis  sehingga ramai yang menemui syahid.

Ingat 7 Januari , ingat Hari Syahid Palestin.

Sumber : Cinta Gaza Malaysia



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping