icon-search
icon-search

PALESTIN MENDERITA , UYGHUR MENANGIS

PALESTIN MENDERITA , UYGHUR MENANGIS

Dengan bangganya haritu wakil PBB China memberi amaran kepada Israel untuk berhenti daripada menceroboh tanah Palestin tetapi hari ini dapat berita pihak berkuasa China sendiri mahu merobohkan masjid di sana. Allahuakbar selamatkanlah saudara kami di sana ðŸ˜¢ðŸ¤²      Umat Islam Hui di China telah bertempur dengan pihak polis selepas pihak berkuasa China cuba untuk merobohkan Masjid Najiaying di Wilayah Yun'nan.

   Pada hari Sabtu, berpuluh-puluh pihak polis menghalau orang ramai di luar masjid. Pihak berkuasa China menghantar kren untuk merobohkan masjid, yang menyebabkan mendapat tentangan daripada orang Islam tempatan. Pintu masjid dikunci oleh polis, dan orang Islam tempatan duduk di luar masjid pada waktu malam untuk melindungi masjid.  

   Pekan Nagu, wilayah Yunnan, baru-baru ini meneruskan rancangan untuk memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying.      Kawasan itu adalah 'rumah' kepada wilayah Hui yang cukup besar, kumpulan etnik yang kebanyakannya beragama Islam mengalami tekanan dalam menghadapi ancaman daripada anti-Islam.      "Masjid adalah rumah bagi orang Islam seperti kami. Jika mereka cuba untuk merobohkannya, kami pasti tidak akan membiarkan mereka lakukan begitu."      "Bangunan hanyalah bangunan -- ia tidak membahayakan orang atau masyarakat. Mengapa mereka perlu memusnahkannya?", kata penduduk tempatan Wilayah Yun'nan.      Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di China ðŸ˜¢ðŸ¤²      Sumber: Sinar Daily



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping