icon-search
icon-search

PARTI ARAB PALESTIN

PARTI ARAB PALESTIN

PARTI ARAB PALESTIN DITUBUHKAN


Negara Palestin atau Palestin ialah sebuah negara yang berdaulat di Tebing Barat dan Genting Gaza dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. 


Selepas Perang Dunia Kedua pada 1947, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis tetapi ditolak keras oleh Arab. 


Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir kawasan kepungan yang dikawal Mesir di Gaza.


Pada 15 November 1988, Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin dipimpin oleh Yasser Arafat telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.


Manakala status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahgian besar negara di seluruh dunia telah mengakui kewujudan Negara Palestin.  Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.


Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 menunjuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai wakil sah tunggal rakyat Palestin dan menegaskan semula hak mereka. Selepas Deklarasi Kemerdekaan, majlis umum secara rasmi memilih untuk menggunakan sebutan Palestin ketika merujuk pada pemerhati kekal Palestin.


Palestin juga merupakan tempat laluan yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mahu bermukim dan hidup dalam kemakmuran. 


Maka dari itu Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping