icon-search
icon-search

Dr Yusuf Al Qaradhawi

Dr Yusuf Al Qaradhawi

Dr Yusuf telah menegaskan bahawa keadaan yang berlaku di bumi Palestin bukan keadaan biasa. 


Bumi Palestin ialah bumi yang suci di mana tersergam  Masjid Al-Aqsa yang menjadi tapak berakhirnya Israk Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj. Kiblat pertama umat Islam.


Bagaimana kita mampu melihat bangsa Yahudi menyembelih penduduk Palestin di dalam masjid Nabi Ibrahim AS ? 


Bagaimana kita merelakan pembunuhan orang yang rukuk dan sujud dalam Baitullah dalam bulan Ramadhan? 


Kita rela bangsa Yahudi merampas bumi Palestin dan mengharamkan umat Islam masuk ke bumi itu? 


Mereka mencabut tanaman. Gunakan jentolak milik mereka memusnahkan rumah penduduk tempatan.


Mereka mengorek lubang sekitar Masjid Al Aqsa sari bawah bagi meruntuhkan masjid dan mendirikan Haikal Sulaiman ?


Mereka mempunyai gedung senjata dan menggunakan senjata kimia bakteria menyerang kita dalam negara sendiri.


Perdamaian dirancang supaya rakyat Palestin ditindas oleh bangsa sendiri.


Rakyat Palestin meminta tolong di tanah air sendiri tetapi tiada sesiapa yang ingin membantu!


Lahir di negara Mesir dalam keadaan miskin. Menjadi musuh kepada beberapa negara termasuk negara sendiri.


Waran tangkap dan Interpol menyenaraikannya sebagai pengganas dunia.


Qatar melindungi dan mempertahankannya. Pernah meringkuk dalam penjara beberapa kali semasa remaja.


Kini , dunia kehilangan permata ummah. Al-Fatihah.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping