Apakah Polisi Privasi?
Akta Perlindungan Data Peribadi atau dikenali sebagai Personal Data Protection Act (PDPA) dijadikan garis panduan oleh 2lenpalestin untuk mengatur pemprosesan Maklumat Peribadi dalam segala transaksi. Akta ini juga digunakan oleh semua syarikat berdaftar di Malaysia berkenaan hak pengguna ke atas semua Maklumat Peribadi yang diberi kepada syarikat terbabit memproses maklumat dengan tujuan memudahkan urusan yang dibuat. Akta ini juga meminta syarikat untuk medapatkan persetujuan daripada pengguna dalam pemprosesan Maklumat Peribadi.
Polisi privasi 2lenpalestin menerangkan bagaimana pihak 2lenpalestin menggunakan dan melindungi Maklumat Peribadi pengguna yang diperolehi di laman sesawang 2lenpalestin. Polisi Privasi ini juga akan menerangkan apakah Maklumat Peribadi yang dikumpul, bagaimana maklumat yang dikumpul itu digunakan, pihak yang akan akan terlibat dalam perkongsian maklumat, bagaimana pengguna boleh ubahsuai Maklumat Peribadi yang diselenggara oleh 2lenpalestin, dan segala perubahan yang akan dibuat oleh pihak 2lenpalestin dari semasa ke semasa.
Maklumat Peribadi yang Pihak 2lenpalestin kumpul.
Pihak 2lenpalestin akan mengumpul dan selenggara semua Maklumat Peribadi yang diberikan oleh pengguna mengikut garis panduan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Apabila pengguna berinteraksi dengan kami atas platform 2lenpalestin, kami mungkin akan mengumpul dan terima Maklumat Peribadi pengguna seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, emel, alamat, butiran kad debit atau kredit yang didaftarkan atas platform 2lenpalestin bagi tujuan jual beli. Sebahagian dari maklumat yang dikumpul mungkin dari pelbagai jenis cara, ini termasuklah menggunakan teknologi dan cara yang belum boleh menentukan sebenar-benarnya maklumat itu kepunyaan pengguna tersebut. Maklumat tersebut termasuklah:
- Jenis alat peranti yang digunakan pengguna, versi sistem operasi, alat peranti pengecam unik, rangkaian telefon mudah alih pengguna, alamat internet protocol (IP Address)
- Maklumat bagaimana pengguna menggunakan platform 2lenpalestin seperti mencari institusi yang berdekatan.
- Jumlah pengguna yang menggunakan platform 2lenpalestin
- Diagnostik penggunaan data pengguna yang dijana dari alat peranti pengguna sendiri.
Maklumat yang dimaksudkan di atas adalah “Informasi”. Jika kami menggabungkan Informasi Peribadi dan Maklumat Peribadi, kami akan menganggap ianya adalah sebagai Maklumat dan Data Peribadi pengguna.
Dalam langkah memahami dan menyediakan servis yang lebih baik kepada pengguna, kami akan melakukan kajian ke atas pengguna berdasarkan maklumat demografi, minat dan kelakuan berdasarkan Maklumat dan Data Peribadi yang diberi oleh pengguna kepada kami. Kajian ini mungkin akan digabungkan dan dianalisis berdasarkan agregat. Kami akan berkongsi data yang kami kaji kepada Pihak Ketiga untuk menunjukkan corak penggunaan Platform 2lenpalestin di sesuatu intstitusi.
Pihak ketiga yang kami maksudkan adalah semua institusi yang ada dalam platform 2lenpalestin ialah konsultan yang membantu kami untuk berhubung dengan pelanggan , mengurus website kami , mengurus jualan , dan khidmat pelanggan.
Penggunaan Maklumat Peribadi yang kami kumpul
Servis dan kemas kini susulan pengguna
Pihak 2lenpalestin memerlukan maklumat dan informasi dari pengguna untuk memudahkan pengguna jika ingin membuat sebarang perubahan,atau pembatalan tuan puan di mana-mana platform. Info dan maklumat pengguna juga diperlukan supaya dapat memudahkan pihak 2lenpalestin membuat sebarang pengeluaran resit dan invois.
Pengumuman umum
Maklumat pengguna platform 2lenpalestin mungkin akan diperlukan dalam membantu pihak 2lenpalestin membuat sebarang pengumuman kepada pengguna. Pengumuman akan dibuat melalui penghantaran notifikasi kepada pengguna dan sebarang pengemas kini bagi setiap aplikasi akan diberitahu melalui aplikasi.
Pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan
Maklumat dan Data Peribadi pengguna akan dikongsikan kepada pihak ketiga dalam menguruskan proses tempahan pengguna kepada institusi yang dipilih pengguna. Pihak ketiga ini termasuklah pihak pembangunan aplikasi untuk tujuan penyelenggaraan laman sesawang (website maintenance) dan payment gateway integration.
Keselamatan
Pihak 2lenpalestin sangat mementingkan keselamatan dan keselesaan pengguna Platform 2lenpalestin. Kami berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem kami kepada tahap yang optimum dari masa ke masa demi keselesaan dan kepuasan hati pengguna kami.
Pengguna perlu faham bahawa sebarang maklumat dan data peribadi yang didedahkan adalah di bawah risiko mereka sendiri. Pihak 2lenpalestin tidak dapat bertanggungjawab atas sebarang penggunaan maklumat dan data pengguna tanpa pengetahuan pengguna dan kehilangan maklumat dan data pengguna. Adalah mustahil pihak 2lenpalestin dapat memastikan 100% data pengguna tidak akan diserang serangan yang berniat jahat seperti penggodam dan lain-lain.
Penstoran dan penyelenggaraan
Data pengguna akan disimpan dan diselenggara oleh pihak 2lenpalestin mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010). Pengguna boleh lihat pautan di bawah bagi memeriksa dan mengetahui lebih lanjut berkenaan PDPA 2010:
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Perubahan maklumat peribadi pengguna
Pengguna boleh mengubah dan mengemaskini data peribadi pengguna sama ada di laman sesawang 2lenpalestin. Pengguna juga boleh membatalkan pendaftaran dengan menghubungi pihak 2lenpalestin untuk menjelaskan sebab yang berpatutan.
Perubahan ke atas polisi privasi 2lenpalestin
Pihak 2lenpalestin berhak dan berkuasa untuk mengubah polisi privasi ini dari semasa ke semasa. Pengguna dinasihatkan supaya kerap melihat dan membaca polisi privasi yang disediakan pihak 2lenpalestin. Kami akan menghantar notifikasi sama ada di laman sesawang mahupun di aplikasi telefon pintar. Pihak 2lenpalestin akan memberitahu melalui notifikasi di aplikasi telefon pintar dan emel kepada mana-mana pengguna yang berdaftar dengan pihak 2lenpalestin bagi menyediakan khidmat servis yang lebih baik.
Kepentingan menjaga maklumat peribadi pengguna
Pengguna hendaklah menjaga dengan berhati-hati segala maklumat peribadi yang didaftarkan di bawah platform 2lenpalestin termasuklah: kata laluan, nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, emel, alamat, butiran kad debit atau kredit. Langkah berjaga-jaga ini dapat mengelakkan daripada pihak ketiga memanipulasi maklumat peribadi pengguna.