Israel menutup Masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil sejak jam 10 malam semalam untuk tempoh 24 jam. Menurut Pengarah Masjid Ibrahimi, Ghassan al-Rajabi berkata bahawa pasukan Israel menutup ruang solat dan membuka sepenuhnya ruang tersebut kepada warga haram Israel dengan alasan sambutan perayaan Yahudi. Israel mengambil kesempatan daripada perayaan Yahudi untuk membuat rakyat Palestin sengsara. Mereka juga melancarkan rusuhan besar-besaran termasuk mengenakan kepungan dan mengetatkan langkah ketenteraan di pusat pemeriksaan serta menghalang akses rakyat Palestin ke tempat suci. Difahamkan, puluhan warga haram Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dengan kawalan keselamatan yang ketat daripada polis Israel. Mereka terus mengenakan prosedur yang ketat dan menyekat kemasukan rakyat Palestin ke masjid dan pergerakan secara bebas di halamannya. Sumber: PALM Strategic