icon-search
icon-search

Sambutan Merdeka Di Gaza Palestin

Sambutan Merdeka Di Gaza Palestin

Marathon Merdeka, merupakan marathon paling besar dalam sejarah Gaza melibatkan penyertaan lebih 500 orang, bersempena Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-65.

Manakala pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2021 , sebuah sekolah di Gaza mengambil inisiatif memainkan lagu kebangsaan negara bagi meraikan hari bersejarah ini.

Peristiwa bersejarah yang julung kalinya diadakan di Sekolah Al-Salah di Bandar Del Al-Balah, Gaza itu turut dirakam oleh penduduk tempatan.

Lagu kebangsaan negara dimainkan itu adalah sebagai penghargaan kepada pelbagai usaha pihak dari Malaysia yang membantu pembinaan semula sekolah berkenaan.

Tahun lepas juga Palestin menamakan jalan di Gaza sebagai Malaysia Street atau Jalan Malaysia. Ini kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Pada tahun ini , acara Marathon Merdeka pula mencipta sejarah Palestin. Hargailah kemerdekaan negara kita. 

Jangan pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk membebaskan Palestin dari penjajah dan aman sentosa.

Sumber : Harian Metro dan Nadir Al Nuri






Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping