icon-search
icon-search

1400 Orang Rakyat Palestin Syahid

1400 Orang Rakyat Palestin Syahid

Lebih kurang 1400 orang rakyat Palestin Syahid pada bulan Disember 2008 kira-kira 14 tahun yang lalu. Serangan berlangsung selama 22 hari dan sasaran musuh ialah infrastruktur dan nyawa orang awam.

"Operation Cast Lead" nama bagi operasi yang perlu kita kenang sampai bila-bila. Paling keji Israel menggunakan bom fosforus putih senjata kimia yang dilancarkan kearah tempat awam.

Mengikut undang-undang antarabangsa , bom ini diharamkan penggunaannya ditempat awam dan dianggap sebagai jenayah perang. Bom kimia ini sukar dipadam dan mampu tahan lama dan api lebih marak jika terbakar semula.

Nyalaan haba sangat tinggi dan tubuh pasti terbakar apabila tersentuh fosforus ini. Biasanya organ dalaman manusia akan rosak.

Fakta dan angka.

  1. 1400 orang maut dan 5000 orang tercedera.
  2. 3540 buah rumah musnah sepenuhnya dan 2870 buah lagi rosak
  3. 20000 penduduk Palestin tiada tempat tinggal
  4. 268 ke 432 bangunan perniagaan musnah
  5. 18 buah sekolah musnah
  6. Bangunan kerajaan seperti balai polis turut musnah

27 Disember tarikh hitam bagi penduduk Palestin. Minggu depan InsyaAllah kita kupas lagi tentang serangan ini yang dikenali juga sebagai Marakat Furqan.

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping