icon-search
icon-search

Sejuk Melampau Masalah Banjir Gaza

Sejuk Melampau Masalah Banjir Gaza

Menjelang akhir tahun pasti negeri-negeri di Pantai Timur khususnya akan mengalami banjir. Puluhan ribu penduduk terjejas dan menjadi mangsa banjir.

Pasti ada antara kalian juga tertanya-tanya adakah banjir pernah berlaku di Palestin ? Berikut merupakan keratan artikel dari Utusan Malaysia Online yang dimuat naik pada Januari 2022.

Semenanjung Gaza, Palestin ditimpa bencana banjir sehingga menyebabkan beberapa kawasan, sekolah dan jalan raya dinaiki air. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi saluran rasmi Telegramnya.

Bagaimanapun, Muhammad Nadir berkata, banjir di Gaza itu bukanlah menjadi satu masalah disebabkan air, tetapi kerana kesejukan yang melampau sehingga menusuk tulang. 

Malah katanya, kes kematian bayi juga berlaku pada musim sejuk bukan dengan sebab kelaparan, tetapi kesejukan.

“Semalam ipar saya menceritakan bagaimana di sebuah kawasan sekolah, jalan raya dinaiki air seperti dalam gambar.

“Beliau melihat belasan pemuda mengharungi air dan membentuk rantai manusia dari tebing ke tebing. Kemudian pemuda-pemuda ini mendokong para pelajar sekolah daripada pemuda ke pemuda, di pass kan seorang demi seorang sampailah semua pelajar selamat melintas jalan dan mengelak bahaya dihanyutkan air,” kongsinya semalam. 

Menurut beliau, orang ramai dimohon memberikan sedikit sumbangan bagi membaik pulih rumah-rumah yang usang menyebabkannya tidak lagi dapat didiami pada musim hujan ini. 

“Kejap lagi kami akan keluar menziarahi beberapa keluarga yang meminta bantuan kecemasan akibat rumah yang terlalu usang menyebabkan ia tidak boleh didiami lebih-lebih lagi di musim hujan ini.

Sumber : Utusan Online 

Ditulis oleh : Ahmad Fadhlullah Adnan

Doa Ketika Hujan dan Banjir

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksud : Ya Allah turunkan hujan ini mengelilingi kami dan bukan menimpa di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping