Negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa mengecam sekerasnya terhadap pencerobohan yang dilakukan rejim Israel ke atas Jenin dan penempatan sementaranya yang berada di utara Tebing Barat.
Respons ini dilontarkan susulan situasi yang berlanjutan daripada siri-siri jenayah Israel ke atas rakyat Palestin serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pada 3 Julai 2023, tentera rejim telah memulakan serangan secara besar-besaran ke atas bandar Jenin dan penempatan sementaranya, disertai dengan serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan tertentu.
Serangan tersebut telah mengakibatkan 10 kematian syuhada’ dilaporkan sementara 100 yang lain mengalami kecederaan termasuk 20 kes serius.
Difahamkan, Mahmoud Abbas akan mempengerusikan mesyuarat tergempar pada petang Isnin depan untuk membincangkan solusi bagi mendepani pencerobohan Israel ke atas Jenin.
Sumber: Palm Strategic
Untuk makluman kalian, pusat kesihatan di Gaza mengalami kekurangan fasiliti & stok ubat-ubatan disebabkan serangan dan kepungan Israel.
Kesannya, anak kecil mahupun warga tua yang memerlukan rawatan terpaksa menunggu giliran sehingga bertahun lamanya.
Oleh itu, Cinta Gaza Malaysia melancarkan kempen Health4Gaza dari 1 Julai 2023 sehingga 30 September 2023.
Kempen ini memfokuskan kepada 3 jenis bantuan utama iaitu, bantuan pembedahan kecil, bantuan pengangkutan bagi orang kelainan upaya (OKU) dan juga bantuan rawatan di rumah.
Moga dengan kempen ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pesakit Gaza.
Untuk membantu sila klik : KLIK SINI UNTUK MEMBANTU