icon-search
icon-search

FILASTIN

FILASTIN

Allah SWT berkali-kali menekankan keberkatan bumi Palestin di dalam kalam-Nya. Tahukah anda bahawa 1/3 surah Makiyah menyebut tentang Baitul Maqdis baik secara eksplisit atau implisit? 

Salah satu daripadanya melalui ayat pertama Surah Al-Israa' :

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Siapa sangka, asal usul ‘Palestin’ sebenarnya sudah bermula sejak ia digelar dengan nama terawal – ‘Filastin’ – ketika era Zaman Gangsa sekitar 450 Sebelum Masihi dan 1948 Masihi.

Rekod mendedahkan Filastin merangkumi sebuah kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Bagaimanapun, nama ‘Palestin’ terus menjadi sebutan bermula 1300 Sebelum Masihi sehingga sekarang dan secara tidak langsung, ia membuktikan negara itu melalui pelbagai era peradaban manusia termasuk zaman Roman, Byzantine, dan Islam; serta pemerintahan Uthmaniyah dan Zionis.

Malang untuk Palestin kerana di bawah pengurungan Zionis sejak 1948, keluasannya semakin mengecil apabila majoriti tempat di negara itu sudah diiktiraf sebagai negara Israel.

Sumber : Terkini dan Sensasi Palestin

IMG-20221018-WA0046




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping