icon-search
icon-search

HARI MALAPETAKA ATAU HARI NAKBA

HARI MALAPETAKA ATAU HARI NAKBA

Hari Nakba atau يوم النكبة bermaksud malapetaka.


Pada tahun 1948 , telah berakhirnya mandat Britain di Palestin dan tertubuhnya penubuhan negara Israel. Peristiwa ini menjadi mimpi ngeri bagi rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia.


700,000 warga Palestin menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Bayangkan anda dihambat keluar dari rumah , kampung halaman dan tanah air sendiri. 


78% dikuasai musuh keatas Palestin. 22% pula ialah Tebing Barat dan Gaza yang dikenali penjara terbesar didunia sehingga ke hari ini.


Dalam tahun Nakba ini juga berlaku penyembelihan beramai-ramai yang dikenali sebagai Peristiwa Deir Yassin. Rujuk Peristiwa Deir Yassin.

WhatsApp Image 2022-12-19 at 11.18.00 AM (1)BASEBALL CAP PALING DIMINATI 2023 - DIBUKA UNTUK TEMPAHAN.
KLIK 
TOPI PALESTIN


Pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung oleh tentera Israel tanpa belas kasihan. Pada tahun 1998 , Yasser Arafat mula meraikan Hari Nakba bagi memperingati sejarah hitam ini. Kehadiran hampir 1 juta orang dalam perarakan.


Hari tersebut diraikan dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat , Gaza dan negara-negara Arab. Selain itu , tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London dan bandar New York beberapa tahun berikutnya.


Saudara , rakyat Palestin mempertahankan kota suci dan agama Islam. Jangan pernah sesekali kita alpa bahawa mereka ialah wakil kita di sana.

IMG-20221018-WA0046





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping