icon-search
icon-search

PERARAKAN NASIONALIS ISRAEL CETUS KETEGANGAN

PERARAKAN NASIONALIS ISRAEL CETUS KETEGANGAN

BAITULMAQDIS: Perarakan 'Flag March' oleh ribuan penduduk Yahudi sambil memegang bendera Israel di bandar lama di sini, mencetuskan ketegangan dan ujian kepada kerajaan baharu Israel.

Situasi itu menyebabkan banyak polis dikerahkan ke situ, jalan ditutup malah tembakan serta bom stun juga dilepaskan untuk mengalihkan masyarakat Palestin dari jalan utama, kerana bimbang tercetusnya semula ketegangan seperti bulan lalu.

Namun pihak kesihatan melaporkan, seramai 33 rakyat Palestin tercedera malah polis sendiri mendakwa dua anggotanya cedera serta 17 lain ditahan.

Perarakan yang disebut March of the Flags sebagai memperingati ulang tahun rampasan kota itu apabila Isreal merampas Baitulmaqdis dari Jordan pada tahun 1967 dan sehingga kini tindakan itu tidak diakui sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

Ia sepatutnya dijadualkan berlangsung awal Mei lalu tetapi ditunda selepas mendapat bantahan polis dan ancaman dari puak Hamas.

Perhimpunan yang sama sebelum ini oleh ultra nasionalis di Baitulmaqdis juga menjadi penyumbang tercetusnya serangan polis terhadap Al-Aqsa, bulan lalu yang mengakibatkan ramai yang maut selepas keganasan kali terakhir pada 2014.

Dalam perarakan itu, golongan muda Israel dilihat menari dan menyanyi selain mengibarkan bendera di Pintu Masuk Damascus dan masyarakat Palestin di situ dikosongkan.

Malah, ada juga segelintir daripada mereka melaungkan perkataaan 'Mati Arab' sebelum ramai yang menyuruhnya diam.

Dalam acara itu, polis mengerahkan lebih 2,000 anggotanya untuk berkawal, menyekat jalan bagi menghalang rakyat Palestin.

Malah wartawan AFP sendiri melihat pegawai polis menjatuhkan seorang lelaki dan wanita hanya kerana mengibarkan bendera Palestin.

Polis mengesahkan seramai 17 individu yang ditahan kerana mengganggu keamanan perarakan seperti melontar batu dan mengancam polis malah dua anggota mereka juga perlu dirujuk ke hospital.

Seorang pemilik kedai pakaian, Sameer Asmar, 63, terpaksa menutup premisnya dan memberitahu bahawa untuk berjalan pun mereka bimbang kerana meragui kemampuan polis.

"Saya sedih. Baitulmaqdis sedang menangis," katanya. - AFP

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping