Allahuakbar kejam sangat sangat ni Seorang pemuda Palestin bernama Fawzi Hani Makhalfeh yang berusia 18 tahun mati syahid ditembak oleh tentera rejim Israel dengan beberapa kesan tembakan. Tentera rejim Israel menembak kereta pemuda itu dengan lebih 40 peluru dan mencederakan seorang pemuda yang lain. Pemuda Palestin itu turut ditangkap oleh tentera rejim Israel. Fawzi Hani Makhlfeh merupakan pemuda Palestin yang kedua ditembak dan dibunuh oleh tentera rejim Israel pada hari Jumaat di Tebing Barat selepas pembunuhan Mohammad Bayyad yang berusia 17 tahun di Umm Saf, Ramallah. 204 rakyat Palestin, termasuk 38 kanak-kanak, telah dibunuh di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini. Sumber: The Palestine Chronicles
KANAK-KANAK , REMAJA , WANITA , WANITA MENGANDUNG , BAYI , ORANG TUA SEMUA MENJADI SASARANNYA
← Older post Newer post →