icon-search
icon-search

PASUKAN LAWAN PEDANG IRAQ TARIK DIRI LAWAN ISRAEL

PASUKAN LAWAN PEDANG IRAQ TARIK DIRI LAWAN ISRAEL

Sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin, pasukan Fencing Iraq mengumumkan untuk menarik diri daripada kejohanan dunia di Itali. Hasil undian meletakkan Iraq dalam kumpulan termasuk pemain Israel.    Pasukan Fencing Iraq berkata dalam satu kenyataan rasmi di akaun Facebook: “Pemain kami menarik diri daripada kejohanan dunia, enggan bertemu (atlet yang mewakili) entiti Zionis.”    Pasukan Fencing Iraq menjelaskan bahawa penarikan itu datang daripada beberapa individu dan bukan semua pertandingan.    “Kejohanan itu adalah salah satu kejohanan dunia terbesar tetapi prinsip kami lebih berharga daripada semua kejohanan, jadi keputusan untuk menarik diri datang dengan rasa bersyukur dan bangga,” tambah mereka.    Sumber: The Palestine Chronicles



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping