icon-search
icon-search

KEBANGKITAN ARAB PALESTIN

KEBANGKITAN ARAB PALESTIN

15 APRIL 1936

Tanggal 15 April 1936 melakar sejarah dimana ia merupakan permulaan kebangkitan Arab Palestin yang terbesar sejak tanah Palestin dijajah oleh British kerana Perang Dunia Pertama. Ia merupakan Intifada Palestin yang terawal dan terbesar dalam sejarah memperjuangkan pembebasan Palestin.

Kegagalan British menyekat kemasukan beramai-ramai pendatang Yahudi ke Palestin, penjualan tanah dan penyeludupan senjata oleh militan Zionis yang menyebabkan ketegangan antara British dan Arab Palestin. Kemarahan semakin memuncak apabila British menarik semula persetujuan untuk mengehadkan kemasukan pendatang Yahudi. 

Disebabkan mungkir janji dan pembelotan daripada British, rakyat Palestin telah menubuhkan parti-parti politik serta kumpulan bersenjata untuk mempertahankan tanah air mereka. Lebih menguatkan apabila mereka turut mendapat sokongan daripada ulama dan ilmuan di Baitulmaqdis.

Sebelum kebangkitan 1936 berlaku beberapa demonstrasi besar-besaran dimana Baitulmaqdis, Jaffa, Haifa, Nablus, Beersheba, Lydda dan bandar-bandar lain di Palestin pada 1933. Dalam siri demonstrasi tersebut berpuuh-puluh orang terkorban termasuk salah seorang pemimpin besar, Musa Kasim Al-Hussaini. Beberapa operasi ketenteraan ke atas British berjaya dilancarkan.

Antaranya, operasi Ya'abad yang telah mengorbankan ketua Gerakan Jihad, Syeikh Izzuddin al-Qassam. Seterusnya pada 15 April 1936 operasi Gerakan Jihad diketuai oleh pimpinan baru iaitu Syeikh Farhan Sa'di menjadi pencetus kepada kebangkitan besar-besaran. Disebabkan ini, seluruh politik, badan ulama Bersatu memimpin rakyat untuk menyuarakan bantahan keatas British.

Selagi tuntutan tidak dipenuhi , mereka akan melancarkan mogok dan tunjuk perasaan di seluruh negara serta berikrar utk meneruskan bantahan. Penubuhan kerajaan Arab Palestin di bawah system perlimen telah menyekat kemasukan pendatang Yahudi dan penjualan tanah kepada mereka,

Pada tahun 1938, kebangkitan hampir di kemuncak apabila rakyat Palestin berjaya melancarkan operasi ketenteraan keatas kepentingan British. Namun, British tidak berputus asa malah telah mengerah bantuan tentera tambahan yang terdiri daripada pemimpin tentera yang terbaik dengan kelengkapan yang canggih untuk mencegah atau menghalang kebangkitan tersebut. Secara keseluruhannya, kebangkitan ini menyebabkan puluhan yg terkorban dan cedera,

Walaupun British berjaya menghalang, ia telah memaksa British melupakan idea pemecahan Palestin dan melepaskn tahanan politik.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping