icon-search
icon-search

Media Israel Naik Berang

Media Israel Naik Berang

Demam Piala Dunia akan berakhir minggu depan. Hampir satu dunia mengenal Islam dan Palestin sekali gus. Kesemua kawasan stadium , pasar , restoran , penyokong dari barat dan timur , dan sorakan penonton di warnai dengan bendera Palestin.

Manakala pasukan negara Maghribi pula memecah rekod dan menjadi sokongan pilihan ramai. Tetapi media Israel tidak sebegitu.

photo-6109174882584605157-y

Mereka mengecam tindakan Maghribi kerana meraikan kemenangan bersejarahnya dengan mengibarkan bendera Palestin. Mereka memprovokasi supaya FIFA mengenakan hukuman ke atas Maghribi kerana FIFA tidak membenarkan sesiapa mempromosi agama atau politik.

Tahukah kalian bahawa ramai penduduk Israel menyokong Maghribi kerana pada Disember 2020 termetrainya Perjanjian Abraham dan secara rasmi mengiktiraf negara Yahudi Israel.

Kegembiraan bertukar kerisauan kerana pasukan Maghribi meraikan kemenangan sambil mengibar bendera Palestin. Ya , sokongan jitu rakyat Maghribi terhadap Palestin bertentang sekali dengan keputusan kerajaan mereka.

photo-6109174882584605156-y

"For The People Without Voice" , bak kata Abdel Hamid Sabiri yang mendedikasikan kemenangan Maghribi dengan menggunakan Piala Dunia dan media sosial sebagai tempat menyebarkan mengenai Palestin.

Piala Dunia pasti turut sangat dirasai oleh penduduk Palestin.

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping