icon-search
icon-search

MEMPERINGATI 13 TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI MAVI MARMARA

MEMPERINGATI 13 TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI MAVI MARMARA

13 Tahun Pembunuhan Beramai-Ramai Mavi Marmara. Hari ini, genap 13 tahun memperingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera laut Israel terhadap Freedom Flotilla khususnya ke atas kapal Turki Mavi Marmara semasa dalam perjalanan untuk memecahkan kepungan Gaza pada tahun 2010.    Enam pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang paling penting ialah Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (iHH), mengambil inisiatif untuk memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza dengan mengerahkan armada tentera laut ke sana. Oleh itu, kejadian ini telah membawa kepada pelancaran kapal-kapal pemecah kepungan.  

IMG-20230614-WA0099   Freedom Flotilla dilengkapi dengan beberapa buah kapal termasuk Mavi Marmara. Kapal tersebut membawa lebih 500 aktivis dan penyokong yang kebanyakannya merupakan rakyat Turki selain tiga kapal lain dari kempen Eropah untuk memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.    Pada 31 Mei 2010, komando tentera laut Israel melancarkan serangan ke atas Mavi Marmara iaitu salah satu kapal flotilla yang terpenting semasa ia berada di perairan antarabangsa. Mereka melepaskan tembakan peluru dan gas pemedih mata ke arah orang-orang di atas kapal. Oleh sebab itu, kapal tersebut tidak dapat sampai ke Semenanjung Gaza malah telah menyebabkan kematian 10 orang dan kecederaan 56 yang lain kebanyakannya merupakan rakyat Turki. Sumber: PALM Strategic

1679527254928




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping