icon-search
icon-search

Peristiwa Selepas Pembebasan Kota Baitul Maqdis

Peristiwa Selepas Pembebasan Kota Baitul Maqdis

Kemenangan pasukan tentera Salahudin tidak seperti tindakan tentera Salib yang menyembelih orang awam tanpa mengira sama ada mereka Islam , Yahudi atau Kristian (Byzantine vs Roman Catholic) 88 tahun sebelumnya.

Penduduk awam beragama Nasrani diberi perlindungan. Wang tebusan rendah dikenakan dan bagi yang tidak berkemampuan dibenarkan keluar dari Baitul Maqdis daripada dijadikan hamba.

Orang Yahudi turut dijemput untuk kembali semula ke kota tersebut. Kebanyakan gereja ditukar ke masjid kecuali Gereja Holy Sepulchre.

Kekalahan ini menjadi tamparan bagi dunia barat. Paus Gregory III melancarkan kempen Salib Ketiga untuk menawan semula Baitul Maqdis. 

IMG-20221018-WA0063Sumber : The Quora

1189 , Tentera Richard The Lionheart (England) menggempur Kota Acre dan membunuh 3000 lelaki Muslim , dengan kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan. 

Sebagai tindak balas , Salahudin menghukum mati setiap tentera Salib yang ditemui dalam tempoh 2 minggu selepas itu.

Pada tahun 1191 , Tentera Salib menghala ke Baitul Maqdis dan bertempur dengan tentera Salahudin di Lembah Arsuf.

Tentera Islam tewas tetapi ini sudah menjatuhkan kredibiliti Sultan Salahudin apatah lagi selepas Jaffa jatuh kepada tentera Salib.

Ramai mempersoal tentang strategi Sultan Salahudin. Angkatan tentera Salib juga datang dari pelbagai negara seperti Jerman dan Perancis. 

IMG-20221018-WA0065Sumber : History Extra

Strateginya ialah melemahkan tentera Salib sedikit demi sedikit. Tentera yang lemah , masa yang terhad , pastik akan berdamai dengan pihak Islam. Ya , ramalan menjadi kenyataan.

Richard tiba di Baitul Maqdis dengan 50 Kesatria dan 2000 anggota tentera. Sultan Salahuddin dan Richard The Lionheart mempunyai rasa hormat satu sama lain. 

Pada tahun yang sama , termetrai Perjanjian Ramla. Umat Islam kekal berkuasa atas Baitul Maqdis , jemaah Kristian dibenarkan menziarahi kota tersebut dan tentera Salib mengawal sedikit demi sedikit wilayang di sepanjang Mediterranean.

Sultan Salahudin atau Saladin sentiasa diangkat dan dipuji di barat kerana kewibawaan personaliti , kemahiran politik , strategi perang yang hebat dan juga atas belas kasihannya. 

IMG-20221018-WA0065IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping