Masjid Al Aqsa pernah dibakar pada tanggal 21 Ogos 1969 oleh seorang ekstremis Zionis beragama Kristian yang berasal dari Australia.
Umum sebulat suara menyatakan bahawa suspek ini hanyalah kambing hitam yang diatur oleh Zionis.
Lebih menarik lagi , penjenayah ini akhirnya dibebaskan kerana rekod kesihatan mental lampau.
Tahukah anda percubaan pertama ialah ketika penjenayah ini cuba membakar salah satu pintu masjid tetapi tidak berjaya.
Akhirnya pada tarikh tersebut dalam anggaran 7.00 pagi , penjenayah masuk ke perkarangan masjid tanpa ada sebarang keraguan kerana penjenayah sudah menzalimi lokasi tersebut.
Kemusnahan berlaku dengan agak teruk dan merebak di kawasan yang tidak sepatutnya kerana ada unsur-unsur khianat dan sabotaj.
Paling menyedihkan , mimbar yang dibuat oleh Nur Ad Din yang diletakkan oleh Sultan Salahudin semasa pembebasan Baitul Maqdis turut musnah.
Mimbar yang dikenali juga sebagai Mimbar Salahudin Al- Ayyubi itu dianggarkan berusia sekitar 800-900 tahun.
Rentetan peristiwa ini meningkatkan semangat perpaduan umat Islam dan tertubuhnya OIC atau Organisation of Islamic Cooperation.
Dapat sesuatu ?