Musim bola sepak kian memuncak. Qatar negara pertama Islam menjadi tuan rumah bagi acara dunia empat tahun sekali yang berprestij ini.
Mata dunia tertumpu di Qatar. Ya , Jepun dan Arab Saudi menewaskan gergasi bola sepak. Lebih panas , tuan rumah dikecam hebat oleh media barat.
Rasis di mata mereka. Ya begitulah permainan media. Satu perkara kecil diperbesarkan. Walau bagaimanapun , sungguh menarik susun atur yang direncanakan oleh Qatar. Upacara pembukaan penuh gilang-gemilang.
Nilai Islam cuba disampaikan. Moga acara ini berjalan lancar. Menyentuh tentang isu Piala Dunia pasti ramai yang mungkin ingin tahu tentang pasukan bola sepak Palestin.
"Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Tanpa Negara". Mereka tidak pernah bermain di halaman sendiri atas dasar keselamatan kecuali pada tahun 2008. Palestin menentang Jordan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Sebelum tahun 2000, Palestin tidak menyertai hampir kesemua pertandingan yang dijalankan sama ada Piala Dunia , Olimpik atau Piala Asia. Selepas itu , pasukan Palestin ada menyertai tetapi tidak layak.
Ya, dengan pergolakan , negara dijajah , ketidakstabilan , bagaimana mungkin mereka beraksi. Berikut merupakan ringkasan sejarah perlawanan Palestin.
Perlawanan Antarabangsa pertama (9 Julai 1939)
Australia 7 - Palestin 5
Kemenangan Terbesar (1 April 2006)
Palestin 11 - Guam 0
Kekalahan Terbesar (26 Julai 1953)
Mesir 8 - Palestin 1
Untuk perkongsian , Palestin juga pernah menumpaskan Skuad Harimau Malaya dalam satu perlawanan amal antarabangsa pada tahun 2013. Palestin 2 - Malaysia 0
Pasukan Palestin sentiasa mendapat sokongan penonton. Mereka menyampaikan mesej kepada dunia bahawa mereka satu satunya pasukan negara yang tidak mempunyai negara!