icon-search
icon-search

Konflik Fatah dan Hamas

Konflik Fatah dan Hamas

"An-niza bayna Fatah wa Hamas" bermaksud Konflik Fatah dengan Hamas yang masih berterusan sehingga kini dari segi sudut politik.

Hamas terbentuk pada tahun 1987 selepas Intifada Pertama. Parti atau organisasi ini dianggap pengganas oleh Israel , US dan negara Eropah. 

Media massa digunakan dengan penuh 'kebijaksanaan dan kelicikan' musuh bagi memburukkan Hamas di mata dunia.

Ketegangan dua parti ini sampai kemuncak selepas Yasser Arafat meninggal dunia pada November 2004. 

Seperti artikel sebelum ini , 2lenpalestin telah menjelaskan walaupun Hamas menang pilihan raya , Israel telah menyusun atur tipu daya bagi menjatuhkan pemerintahan Hamas.

photo-6336955982046933115-y

Pada 18 Ogos 1988 , HAMAS menyatakan ideologi perjuangan di dalam perlembagaannya. Antaranya ialah:

1) Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2) HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3) Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4) Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5) HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6) Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7) HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994.

Wahai pembaca sekalian , mereka merancang pelbagai propaganda bagi mencalar imej Hamas. Kalian boleh lihat sahaja bagaimana mereka menimbulkan persepsi kepada dunia bahawa Hamas ini terroris. 

Silap hari bulan , orang Islam sendiri boleh 'termakan' dengan propaganda musuh dan menganggap Hamas ini pengganas walhal mereka sedang berjuang dan wakil bagi pihak kita mempertahankan bumi dan tanah air umat Islam iaitu Palestin.

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping