Apabila Timbalan Menteri Perumahan Palestin di Gaza menghubungi saya semalam bertanyakan dana baik pulih rumah, saya tak dapat menjawab. Dr Jawad cukup mengenali ramah dan pemurahnya rakyat Malaysia kerana beliau menghabiskan pengajian di peringkat PhD di USM Penang. Cuma serangan baru-baru ini ke atas Gaza memang kurang mendapat liputan dan itu bermakna sumbangan juga jatuh menjunam.
Dua, tiga hari selepas serangan tamat kami telah menziarahi seluruh rumah penduduk yang roboh dan menyantuni ke semua 37 orang anak yatim baru dalam serangan baru ini. Sebab itu kami cukup merasai kesakitan yang mereka lalui khususnya di waktu ini, di waktu serangan telah hampir dua minggu berlalu dan darah syuhada' pun telah kering. Kita telah menyampaikan bantuan segera kepada seluruh penduduk yang rumah mereka musnah, begitu juga sumbangan kepada anak-anak yatim. Jom minggu ini, di hari penuh keberkatan ini kita terus mengisi tabung kecemasan Gaza untuk membaik pulih rumah penduduk pula. Kami akan kongsikan video-video rumah yang dibom semasa perang dan kesannya selepas perang sebagaimana kami ziarahi, bermula dengan rumah as-syahid Abu Daqqah ini, ayah kepada 6 orang anak yang ayahid sebagai pejuang di dalam kumpulan Saraya Al-Quds. Beliau dibedil roket pesawat perang penjajah di rumah tempat beliau bersembunyi ini. Jom sahabat, bantu apa yang boleh. Mudah-mudahan, masih ada sinar untuk masa depan anak-anak para syuhada' ini yang telah ditinggalkan. Sumbang di sini securepay.my/collections/baikpulih atau terus ke akaun rasmi Cinta Gaza Malaysia Maybank 564810507826 dengan rujukan : kecemasan. Bantu kongsikan pintu kebaikan ini ya!