icon-search
icon-search

Serangan di Jenin

Serangan di Jenin

Belum sempat 2lenpalestin mengupas isu Jenin , dunia dikejutkan dengan kejadian yang menimpa saudara kita di Turki dan Syria. Moga Allah permudahkan urusan semua saudara kita di sana.

Berbalik kepada isu di Jenin , semua serangan berpunca dari Itamar Ben-Gvir mengeluarkan arahan untuk merampas tanah-tanah orang Palestin yang tidak membayar cukai. Dan salah lokasinya ialah Jenin.

Itamar merupakan Menteri Keselamatan Negara Israel. Itamar ini merupakan seorang peguam dan ahli politik. Musuh kita ini pernah disabitkan kesalahan menyokong pengganas yang dikenali sebagai Kach , iaitu satu organisasi yang menyokong Zionis sebagai agama ekstremis.

Situasi kali ini sungguh berbeza. Dahulu jika ada penduduk yang bangkit melawan mereka akan ditangkap. Kali ni mereka terus ditembak.

Whats-App-Image-2023-02-08-at-12-40-42-1

Sedikit info untuk kalian , Jenin merupakan sebuah bandar Palestin di utara Tebing Barat. Jenin merupakan bandar dan pusat utama bagi bandar sekitarnya.

Polis Israel melaporkan bahawa serangan pengganas ini berlaku di rumah ibadat di Neve Yaakov. Loaksi ini merupakan pusat penempatan Israel d Baitul Maqdis Timur dan merupakan pusat lokasi Komando Pusat IDF.

Menurut laporan media Israel , terdapat seorang penyerang terkorban dan menurut sumber , serangan dilakukan oleh seorang pemuda sahaja. Insiden ini berlaku sehari selepas serbuan paling dahsyat di Tebing Barat setelah beberapa tahun.


Manakala di Gaza, jurucakap Hamas , Hazem Qassem memberitahu Reuters "Operasi ini adalah tindak balas terhadap jenayah dilakukan oleh tentera haram Israel di Jenin dan tindak balas semula jadi terhadap tindakan jenayah Israel.’’ Sejak awal tahun, dilaporkan lebih 30 rakyat Palestin terbunuh, manakala tahun 2022 telah dinyatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai tahun paling berdarah di Tebing Barat dalam beberapa dekad.

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping