KAIN KUFFIYYEH HITAM PUTIH LAMBANG SOLIDARITI
Kain berpetak yang sering dipakai oleh warga Palestin berwarna hitam putih ini sering disinonimkan sebagai bendera tIdak rasmi Palestin. Kain yang dikenali sebagai kufiyyeh ini awalnya sering kali dilipat berbentuk segi tiga dan dipakai di atas kepala oleh warga lelaki di pedalaman Palestin.
Namun kini ia menjadi gaya fesyen dan digunakan di leher oleh para aktivis kemanusiaan, warga anti-perang, bintang sukan dan para selebriti tidak kira jantina, bangsa, agama mahupun warganegara.
Walaupun kuffiyyeh menjadi status ikon Palestin, namun asal usulnya terletak jauh di timur yang kini ialah Iraq. Perkataan kuffiyyeh bermakna ‘berkaitan dengan kufa’, sebuah bandar di selatan Baghdad sepanjang sungai Euphrates.
Budaya menutup kepala penting di kalangan orang Palestin kerana kufiyyeh merupakan budaya bagi orang Palestin. Walaupun ia kini tidak terikat dengan status sosial, kuffiyyeh moden ini berakar dalam warga Palestin yg diantaranya ialah pekerja luar bandar dan juga orang Badawi.
Kedua-dua kumpulan ini akan memakai pakaian diatas kepala untuk menutupi bahagian belakang leher dan melindungi diri mereka dari panas matahari musim panas dan sejuk semasa musim sejuk.
Kuffiyyeh bukan sahaja untuk menutup kepala bahkan digunakan sebagai alat untuk menutup wajah mereka bagi menyembunyikan identiti mereka dan mengelakkan penangkapan. Ia juga memacu menyeru di kalangan orang Inggeris untuk melarang tudung tetapi tidak berjaya.
Sebaliknya, rakyat Palestin bersatu dalam menerapkan kain tersebut sebagai tanda solidariti. Simbol tersebut tetap menjadi ikon negara bangsa Palestin selepas hari Nakba dan penubuhan negara Israel.
Kain kuffiyeh dengan mudah beralih ke fesyen arus utama selepas itu. Merujuk artikel Majalah Time dari tahun 1988 yang membincangkan kuffiyeh Palestin dalam gaya jalanan Amerika dan mengaitkannya dengan intifada Palestin pertama, yang bermula pada tahun 1987.
“Pemakai Kuffiyeh yang ditemuramah untuk karya tersebut tidak menyedari adanya hubungan politik dan sebaliknya memakainya sebagai aksesori,” kata Lingala.
Pakaian itu juga dipaparkan dalam sebuah pameran, Is Fashion Modern? pada tahun 2017 di Muzium Seni Moden New York.
Kurator kanannya berkata,“Kufiyyeh telah dijiwai dengan kepentingan politik yang mendalam. Ia juga menjadi aksesori fesyen yang ada kalanya benar-benar bercerai dari konteks asalnya dan hanya digunakan untuk kepentingan estetiknya saja.”
Kerana hal tersebut, banyak warna dunia yang beramai-ramai membeli kuffiyyeh untuk menunjukkan dukungan terhadap Palestin. Sayangnya, seiring dengan tingginya permintaan untuk kufiyyeh dari seluruh dunia, perusahaan China mula memasuki pasar produksi kuffiyyeh yang menyebab semua kilang kuffiyyeh di Palestin ditutup kecuali satu kilang. Kilang kuffiyyeh yang terakhir disebut kilang pengeluar Hirbawa yang berlokasi di Hebron.
Walau apapun itu, nilai budaya kuffiyeh ini tidak mengurangkan nilai budaya kain tersebut di mata orang Palestin. Ia akan terus menjadi simbol perjuangan orang Palestin di seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Persoalannya , bila lagi anda nak berkuffiyeh ?
p/s Gambar diatas diambil dari Fb Discover. Pereka fesyen Aziz Bekkaoui yang berdarah kacukan Belanda dan Maghribi menghasilkan karya sempena sambutan Hari Kuffiyeh Dunia.