icon-search
icon-search

UNITED ARAB KINGDOM DITOLAK

UNITED ARAB KINGDOM DITOLAK

6 April 1972 

USUL UNITED ARAB KINGDOM RAJA HUSSEIN DITOLAK

Perjanjian Armistice 1949 mewujudkan gencatan senjata antara Jordan dan Israe lalu membenarkan Raja Abdullah I mendapatkan wilayah Tebing Barat. Ini merupakan satu kejayaan buat beliau kerana Jordan kini akan menjadi penaung kepada kota Baitul Makdis, kota tempat Masjid Al-Aqsa.

Namun, Raja Abdullah I mempunyai cita-cita yang lebih besar dimana beliau ingin menjadi pemilik wilayah itu. Sehubungan dengan itu, beliau telah menganugerahkan kewarganegaraan Jordan kepada warga Tebing Barat berkuatkuasa serta-merta pada 24 April 1950.

Langkah ini mendapat sokongan Britain dan Amerika Syarikat kerana ia dilihat bakal menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Walaupun mendapat sokongan dari Britain dan Amerika Syarikat akan tetapi Raja Abdullah I mendapat kritikan keras Liga Arab kerana tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Liga Arab sebelum ni pada 22 September 1948.

Malah, tindakan ini dilihat sebagai cubaan Jordan untuk meluaskan wilayahnya. Mesir, Arab Saudi, Syria dan Lubnan telah menggesa Liga Arab untuk menggugurkan Jordan daripada gabungan tersebut tetapi usul ini dibantah oleh Iraq dan Yaman. Liga Arab kemudiannya memutuskan pada 12 Jun 1950 bahawa Jordan akan hanya bertindak selaku pemegang amanah kepada wilayah Tebing Barat sehingga status akhir Palestin dapat ditentukan.

Hal bertambah buruk, keputusan tersebut belum dapat meredakan kemarahan warga Arab. Kebimbangan semakin memuncak apabila pembunuhan ke atas Perdana Menteri Lubnan, Riad Al Solh, pada 17 Jun 1951 telah dikaitkan dengan ura-ura bahawa beliau dan Raja Abdullah I sedang merangka perjanjian damai berasingan dengan Israel.

Akibatnya, ketika lawatan Raja Abdullah I ke Masjid Al-Aqsa pada 20 Jun 1951, beliau telah ditembak mati oleh seorang penyokong kuat kemerdekaan Palestin. Selepas Raja Abdullah I meninggal, beliau telah diganti oleh Raja Hussein iaitu cucu beliau.

Raja Hussein dilihat cuba meneruskan agenda datuknya untuk mengambil-alih Tebing Barat. Pada 27 Julai 1953, beliau telah mengisytihar Tebing Barat sebagai wilayah integral yang tidak dapat dipisahkan daripada Jordan. Dalam ucapannya di Parlimen Jordan pada tahun 1960, beliau telah mengatakan bahawa Baitul Maqdis (Jerusalem) adalah ibu negara kedua Jordan.

Walau bagaimanapun, Perang Arab-Israel 1967 telah membantutkan impian Raja Hussein kerana Jordan telah kehilangan wilayah Tebing Barat kepada Israel. Namun, Raja Hussein enggan berundur sepenuhnya. Kerajaannya masih mengekalkan dan membiayai wakil-wakil kerajaannya di Tebing Barat. Kementerian Waqaf Jordan juga masih lagi menaungi pengurusan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis (Jerusalem).

Pada 15 Mac 1972, Raja Hussein telah mengusulkan pembentukan Persekutuan Jordan-Palestin yang terdiri daripada Jordan, Tebing Barat dan Gaza. Persekutuan ini diberi nama United Arab Kingdom (UAK). Melalui usul ini, Israel diminta berundur dari Gaza dan Tebing Barat dan sebagai balasannya kerajaan UAK yang terbentuk akan menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Namun, pihak Liga Arab, Palestine Liberation Organization (PLO) dan Istrael telah menolak usul penubuhan tersebut. Kemudian, PLO telah menganjurkan Kongres Rakyat Palestin bagi membincangkan perkembangan perjuangan pembebasan Palestin.

Pada hari pertama kongres Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) juga telah menolak usul Raja Hussein bagi menubuhkan UAK. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Raja Hussein  terpaksa mengubarkan impiannya untuk menakluki wilayah Tebing Barat.

Pada 31 Julai 1988, Raja Hussein telah membubarkan parlimen Jordan dan secara rasmi melepaskan semua tuntutannya ke atas wilayah ‘pegangannya’ di Tebing Barat. Bagaimanapun beliau meneruskan juga pelannya untuk berdamai dengan Israel pada 26 Oktober 1994 biarpun tanpa Tebing Barat dengan menjadikan Jordan sebagai negara Islam kedua yang berdamai dengan Israel selepas Mesir (1978).

Ramadhan 2023 , sekali lagi musuh merobek Baitul Maqdis. Orang awam menjadi sasaran. Lubnan bertindak balas. Israel membalas serangan. Adakah perang bakal berlaku sekali lagi?





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping