Genap lima tahun semenjak Great Return March dimulakan pada 30 March 2018. Tarikh bagi rakyat Palestin akan mengingati peristiwa di mana tentera Israel menembak mati enam rakyat Palestin yang melakukan protes di atas perampasan tanah air mereka oleh Israel.
Jutaan rakyat Palestin menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri. Melalui demonstrasi mingguan setiap Jumaat, Great Return March membawa mesej kepada Israel dan dunia agar sekatan yang dikenakan Israel keatas mereka dihentikan. Tetapi yang sebenarnya membuat perarakan kali ini cukup berbeza?
Ia kerana lokasi perarakan iaitu di sempadan Gaza - Israel yang merupakan kawasan zon tentera dan no-go area. Sejak mula dikepung, penduduk Gaza tidak berani mendekati sempadan Israel yang dikelilingi pagar elektrik dan dikawal kereta kebal serta kenderaan berperisai tentera Zionis. Pada hari pertama perarakan, penduduk mula berkumpul seawal jam 10 pagi yang melibatkan puluhan ribu rakyat di lima lokasi sepanjang pagar pemisah Semenanjung Gaza-Israel dari utara dan selatan dengan niat mengumpulkan kekutan dan meraih perhatian membolehkan mereka kemabali semula ke tanah asal mereka di tanah Palestin yang dijajah.
Kemudian berarak mendekati pagar pemisah bersama ratusan pemuda yang sejak awal pagi berada di sana. Kawasan berdekatan pagar asalnya adalah kawasan larangan untuk penduduk Gaza kerana sesiapa yang mendekati kawasan ini sebelumnya sama ada akan ditembak oleh Zionis atau ditangkap oleh pihak Gaza atas sebab keselamatan.
Cuba kita bayangkan jika tanah kita dicuri, isteri dirogol dan anak ditembak di depan mata. Mereka adalah bangsa yang pengecut yang hanya berani berperang disebalik tembok. Walaupun tahu bahawa demonstran tidak bersenjata, hanya kepala dan muncung senjata mereka yang kelihatan di sebalik benteng pasir.
Tentera Zionis tidak pernah terlepas sasaran! Setiap kali peluru berdesing bermakna akan ada pemuda atau anak kecil yang tumbang dan lebih teruk lgi adalah jeritan dan naungan yang telah mengambil nyawa mangsa. Ada beberapa peserta memberanikan diri mendekati pagar tetapi tidak lama kemudian ada dron Zionis telah menembak gas pemedih mata dari atas dan menyebabkan mereka berundur.
Great Return March menjadi saksi kekejaman Israel membunuh dan mencederakan orang awam tanpa mengira umur dan jantina. Remaja dan warga tua turut terbunuh. Malah petugas media dan paramedik juga tidak terkecuali daripada serangan mereka. Walaupun digertak untuk tidak meneruskan demonstrasi ini, namun rakyat Palestin tidak sesekali akan pernah tunduk dan berundur daripada perjuangan ini.