icon-search
icon-search

Bukan dikenang tetapi ambil pengajaran

Bukan dikenang tetapi ambil pengajaran

Nabi Musa bertanyakan, ‘Apakah yang diperintahkan oleh Allah kepadamu?’ lalu Rasulullah menjawab ‘Allah memerintahkan umatku bersolat fardu 50 kali sehari’. 

‘’Kembalilah kepada Tuhanmu kerana para pengikutmu tidak akan sanggup mengerjakan perintah itu.’’ kata Nabi Musa a.s Atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah kembali menghadap Allah lalu memohon dikurangkan fardu solat daripada 50 kepada 5 waktu.

Selepas sembilan kali melihat rayuan Rasulullah, Allah S.W.T mengurangkan solat 50 waktu menjadi 5 waktu dengan ganjaran yang sama seperti solat 50 waktu.

Setelah selesai Mikraj, Nabi Muhammad S.A.W turun semula ke bumi kembali di Masjid Al-Aqsa untuk kembali semula ke Makkah menaiki Buroq yang ditambat di Masjid Al-Aqsa.

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang tetapi ia sangat penting untuk kita hayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut.

Ia juga merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T dan dengan kehendak-Nya menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya.

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping