HARI KANSER PALESTIN
Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu, Israel telah menghalang hak pesakit kanser untuk mendapat rawatan perubatan di luar negara.
Pesakit kanser di Gaza menghadapi pelbagai cabaran yang menjadikan keadaan kesihatan mereka menjadi lebih teruk. Ini kerana, hospital di wilayah Palestin kekurangan dari segi penjagaan kesihatan kepada pesakit seperti pengesanan, diagnostik, radiologi dan kemoterapi.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin membuat rayuan kepada kemuniti dan persatuan hak asasi manusia antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan mendesak Israel bagi menmbenarkan pesakit kanser untuk menerima rawatan perubatan di luar negara.
Masihkah anda ingat, Nasser Abu Hmaid salah seorang tahanan Israel yang ditahan di penjara menerima hukuman penjara seumur hidup sejak 2002 telah meninggal dunia kerana disahkan menghidap kanser paru-paru.
Naseer Abu Hmaid, 50 pengasas bersama Bridged Syuhada Al-Aqsa, sayap bersenjata pergerakan Fatah pimpinan Mahoud Abbas, disabitkan bersalah membunuh tujuh warga Israel dan merancang serangan lain.
Menurut Kementerian Kesihtanan Palestin, terdapat 5320 orang pesakit kanser di Palestin pada tahun 2021 dan kanser adalah punca kematian yang ketiga tertinggi di Palestin.
Kuffiyeh Berkolar ini terhad! Bakal ditamatkan pengeluarannya. Klik gambar untuk membuat tempahan.