Anda dah bersedia untuk mengundi ? Suasana "Perang Bendera" sungguh meriah minggu ini. Lagi beberapa hari rakyat Malaysia akan mengundi. Siapakah yang bakal menggalas tampuk kepimpinan negara?
Hal ini membuat kami di 2lenpalestin ingin mengimbau Pilihan raya kedua bagi negara Palestin yang berlaku pada tahun 2006. Manakala , 1996 merupakan tahun pertama pilihan raya dijalankan di Palestin.
Untuk makluman , 132 kerusi dipertandingkan dan Hamas diketuai oleh Ismail Haniyeh menang dengan 74 kerusi berbanding Fatah sebanyak 45 kerusi.
Antara parti yang bertanding ialah :-
- Hamas
- Fatah
- Barisan Pembebasan Rakyat Palestin
- The Alternative
- Independent Palestin
- Third Way
- Ahli Politik Bebas
Perdana Menteri , Ahmad Qurei meletakkan jawatan tetapi memangku jawatan sehingga 19 Februari 2006 atas permintaan Presiden Mahmoud Abbas. Pada 29 Mac 2006 , sebuah pemerintahan baharu dibentuk oleh Hamas.
Cabaran Hamas untuk menerajui Palestin belum berakhir malah baru saja bermula. Tiga bulan selepas itu , Israel melancarkan siri serbuan ke arah Gaza dan Tebing Barat.
Alasan mereka , tentera mereka diculik pada 25 Jun 2006. Israel membantai infrastruktur awam dan menahan ramai penyokong Hamas termasuk menteri kabinet dan anggota PLC.
Manakala pada malam 28 Jun , tentera Israel menyusup ke Gaza dan melancarkan serangan udara , mengebom bangunan seperti jambatan dan stesen elektrik.
Keesokannya , IDF menahan 8 orang menteri dan 26 anggota PLC di Tebing Barat dan ramai lagi pemimpin politik. Israel sentiasa menganggap Hamas sebagai badan terroris.
Bagi Hamas , dan umum tahu bahawa Israel sentiasa risau tentang Hamas dan cuba menghancurkan pemerintahan Hamas di Palestin. Begitulah percaturan musuh keatas Palestin.
Untuk Palestin melaksanakan pilihanraya juga bukan mudah. Musuh takkan berdiam diri dan sentiasa menyulitkan keadaan.
Itu sahaja artikel hari ini. Selamat membuang undi pada hari Sabtu ini!
Marilah mengangkat tangan bermunajat kepada Allah S.W.T:
اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”