icon-search
icon-search

Sang Jurutera Penggoncang Israel

Sang Jurutera Penggoncang Israel

KISAH YAHYA AYYASH 


As-Syahid Yahya Ayyash. Siapakah beliau?

Beliau dikenali ‘Al-Muhandis’ atau kata lain adalah jurutera yang menggoncang zionis Israel. Beliau merupakan seorang pemuda yang dilahirkan di Rafah dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966. Semasa zaman kanak-kanak, Ayyash telah menerima anugerah daripada badan ‘Islamic Trust’ kerana kebolehannya menghafal Al-Quran. 

Siapa yang berkesempatan untuk bertemu atau berbicara dengan beliau akan menceritakan peribadi beliau yang seorang biasa yang mencintai keluarganya, jiran tetangganya dan tanah airnya. Setiap insan yang mengenali beliau akan mencintainya kerana beliau adalah contoh (role model) seorang yg sederhana dan senang menolong orang yang memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yang rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita-cita besar dan murni seorang lelaki.

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yang cemerlang sekaligus melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Beit Zeit. 

Ketika umurnya 22 tahun, Ayyash menerima segulung ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988. Hasratnya yang ingin melanjutkan pelajaran ke bidang sarjana di luar negara tidak tercapai apabila dihalang oleh rejim Zionis. 

Selepas itu, beliau mula aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam diaman beliau menyumbang kepintarannya dalam membuat bahan letupan dari bahan-bahan mentah yang mudah didapati di Palestin. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap teknik ‘bom syahid’ dalam peperangan menentang rejim zionis. 

 

The Engineer (Bapa Operasi Syahid). Operasi apa??

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas. Dalam sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu paling dikehendaki rejim Zionis. Oleh kerana hidup dalam buruan, Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun.

Sepanjang tempoh persembunyian, beliau telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (Paderi Kristian) dan penyamarannya ternyata berkesan kerana rejim Zionis gagal mengesan sehinggalah maklumat dating dari pihak Islam sendiri. 

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionis yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya. Khianat! 

Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan umat palestine ternyata meleset. Malah kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad umat Islam Palestine. Ternyata Kekuatan umat bukanlah bergantung kepada ketua mereka atau guru mereka tetapi kepada iman dan ketaqwaan umat tersebut.Mari kita sama menilai diri kita, adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam.

Seringkali kita tewas bukan kerana kekuatan musuh tetapi angkara musuh dalam selimut. Empayar Islam Melaka yang hebat jatuh ke tangan Portugis yang datang untuk Gold , Glory dan Gospel dan sebagai balas dendam atas kejatuhan Baitul Maqdis juga berpunca dari pengkhianatan sesama kita.

Renung-renungkanlah wahai pembaca sekalian.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping