icon-search
icon-search

Pilihan Raya Israel 2022

Pilihan Raya Israel 2022

Parti Netanyahu menang pilihan raya menentang Parti Lapid pada 1 November 2022 dengan mendapat sokongan pihak pakatan sayap kanan dengan 64 kerusi berbalas 51 kerusi.

Untuk makluman , dalam tempoh 4 tahun ini merupakan pilihan raya kali ke 5 buat mereka. Kalau kita di Malaysia mempunyai tiga Perdana Menteri dalam masa 4 tahun ,mereka lebih dahsyat.

Kerajaan perpaduan Bennett - Lapid tumbang pada Jun 2022 selepas tiga orang ahli parlimen dari partinya sendiri (Yamina) menarik sokongan daripada kerajaan. Hal ini berlaku selepas hanya setahun memerintah.

Manakala , skandal rasuah Nentahayu , sokongan Parti Arab yang tidak mahu Nentahayu kembali menerajui Israel nampaknya gagal. 

photo-6291625441211036494-y

Kalian perlu tahu bahawa terdapat 120 kerusi dalam Knesset dan 61 kerusi diperlukan untuk majoriti.

Antara parti yang bertanding ialah :

  1. Likud
  2. Yesh Atid
  3. Religious Zionist
  4. National Unity
  5. Shas
  6. UTJ
  7. Yisrael Beitenu
  8. Ra'am
  9. Hadash-Ta'al
  10. Labor

Persoalannya , berapa lama kerajaan pimpinan Nentahayu mampu bertahan? Akan tetapi tak kisahlah siapa yang menang. Pasti kekejaman disasarkan ke atas rakyat Palestin pasti meningkat.




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping