icon-search
icon-search

PEJUANG BERKERUSI RODA

PEJUANG BERKERUSI RODA


Sheikh Ahmad Yassin telah menubuhkan Mujamma Al Islam pada tahun 1973 bagi membantu pelarian Palestin dari segi kabajikan dan juga sebagai pusat kegiatan belia. Pada tahun 1983, Israel dapat rasa ada sesuatu yang tak kena disebalik pertubuhan-pertubuhan kebajikan orang Palestin ni.

 

Mula-mula dulu diorang ingat cuma Fatah dan Ikhwan Muslimin saja yang berupaya nak buat ancaman pada Israel, tapi, kali ni musuh dah dapat kesan pertubuhan bakal mempunyai ancaman. 


Dan akhirnya Pasukan Keselamatan Israel (IDF) buat serbuan ke kawasan penempatan Palestin di Gaza dan diorang jumpa senjata api. Ini menjadikan dia sebagai sasaran utama. 


Musuh tuduh beliau sebagai dalang dalam merancang siri serangan kat orang Israel. Dia ditangkap dan didakwa di mahkamah Israel dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun. 


Sejurus selepas pembebasannya, Syeikh Ahmad Yassin kembali giat memainkan peranan beliau sebagai pemimpin agama bagi gerakan Hamas yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin.


September tahun 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke-2 selepas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon menodai Masjid Al-Aqsa bersama 200 tenteranya. 


Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin berjaya membangkitkan semangat rakyat Palestin upaya berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Namun pada Subuh 22 Mac 2004 yang hening di Jalur Gaza, seusai menunaikan solat Subuh berjamaah di masjid, Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa orang pengiringnya berjalan pulang ke rumah telah dijemput dengan 3 peluru berpandu Hellfire daripada helikopter Apache AH-64 tepat ke arah mereka. 


Serangan tersebut telah mengorbankan Syeikh Ahmad Yassin serta tujuh orang yang lainnya. Takdir telah menetapkan roket-roket Zionis telah menjadi bukti kesyahidan serta kebenaran cinta Syeikh Ahmad Yassin kepada Jihad dan perjuangan membebaskan Palestin. Syeikh Ahmad Yassin telah membuktikan cintanya dengan kepingan-kepingan tubuh yang hancur yang seterusnya tumbuh memekarkan bunga-bunga jihad dan perjuangan dalam jiwa anak-anak Palestin.


Pesanan beliau; “Yakinlah wahai anak-anak bangsaku, sesungguhnya kita berjuang demi meraih kemaslahatan negara pada kamu. Sekiranya kemaslahatan itu dengan memberi genjatan senjata kepada musuh, maka kita akan memberikannya, tetapi sekiranya kemaslahatan itu dengan meneruskan jalan perlawanan, maka kita akan terus menyempurnakan perjalanan ini.”


1679527254928



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping