icon-search
icon-search

SHEIKH AHMAD YASSIN

SHEIKH AHMAD YASSIN

SHEIKH AHMAD YASSIN: LELAKI LUMPUH YANG DIGERUNI ISRAEL

Sheikh Ahmad Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin. Dilahirkan pada 22 Jun 1937 di pinggir Al-Mijdal, selatan Semenanjung Gaza (kini di gelar Ashqelon salah sebuah wilayah Israel).

Dia adalah seorang anak yatim yang dah kehilangan bapanya semasa umur lima tahun. Jadinya, dibesarkan oleh ibunya hinggalah pada tahun 1948 di mana keluarganya diusir dan pindah ke kem pelarian akibat penjajahan pertama pengganas Yahudi.

Sheikh Ahmad merupakan seorang murid yang aktif bersukan di zaman persekolahannya tetapi pada tahun 1952 ketika berusia 16 tahun, ketika dia dan kawan-kawannya buat aktiviti sukan di tepi pantai dia telah mengalami kecederaan.

Kejadian tu menyebabkan dia mengalami patah tengkuk dan telah terlantar di hospital selama 45 hari di hospital Gaza. Kecederaan tu melibatkan tulang belakang dan merosakkan saraf tunjangnya.

Kecederaan ini di panggil kelumpuhan anggota badan. Keadaan beliau yang lumpuh tidak menghalang beliau cemerlang dalam pelajaran. Dia berjaya menamatkan pengajian peringkat menengah kemudian mendapat tawaran belajar di Universiti Ain Shams Kaherah pada tahun 1964.

Walaubagaimanapun, tidak sampai setahun dalam pengajian, beliau telah ditangkap oleh Pihak Berkuasa Mesir kerana dituduh terlibat dengan pergerakan Ikhwan al-Muslimin serta bergiat aktif menyertai demonstrasi-demonstrasi jalanan.

Beliau telah diusir keluar dari Mesir secara paksa. Selepas bertahun-tahun menganggur, dia mendapat tawaran menjadi guru bahasa Arab apabila balik ke Gaza. Orang sekitar tahu yang beliau tinggi ilmunya dan pernah bergaul dengan orang-orang hebat di Mesir.

Jadi sebab itu lah diorang nampak dia ada ketokohan untuk memimpin masyarakat. Dia juga mendapat kepercayaan dari masyarakat untuk menjadi Khatib solat Jumaat. Daripada seruan atas mimbar yang dah mula didengari Israel sampailah beliau ada pertubuhan sendiri atas rasa tanggungjawab.

Dan kenapakah beliau seorang berkerusi roda yang digeruni sangat Israel ni ? Takkanlah dengan kutbah Jumaat sahaja beliau menjadi musuh utama Palestin ?

Kita sambung dalam artikel seterusnya ya. 

1679527254928



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping