icon-search
icon-search

RACHEL DIBUNUH JENTERA BERPERISAI

RACHEL DIBUNUH JENTERA BERPERISAI

16 Mac 2003 | Palestin dalam sejarah

Rachel Corrie merupakan seorang aktivis Amerika Syarikat yang berusia 23 tahun dari Olympia, Washington. Beliau seorang aktivis yang berjuang demi pembebasan rakyat Palestin.

Eh , orang bukan Islam yang sibuk dan turun berjuang untuk rakyat Palestin. Kita di Malaysia ? Eh.

Perjuangan yang kuat telah menjadikan nama Rachel Corrie dikenali diseluruh dunia adalah kisah kekejaman kematian beliau terbunuh. Beliau terbunuh ketika sedang mempertahankan jengkaut rejim Zionis yang ingin meneruskan rancangan mereka untuk merobohkan rumah rakyat Palestin di Rafah, Gaza.

SAVE_20230316_101321

Sebelum kejadian beliau dilanggar oleh jengkaut tentera Israel, beliau bersama-sama rakan yang lain menjadikan diri mereka sendiri sebagai benteng untuk menghalang daripada jengkaut yang hendak merobohkan rumah tersebut. 

Rachel Corrie mengenakan pakaian yang terang supaya pemandu jengkaut sedar akan kehadirannya. Sebaliknya, selepas kejadian tersebut , pemandu memberitahu tidak melihat keberadaan Rachel Corrie yang berada di depan kenderaan berat itu. 

Akan tetapi, mereka terus menggerakkan jengkaut tersebut sehingga melanggar Rachel. Beliau disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Tragedi yang menimpa beliau seharusnya membuka mata semua masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan mereka. Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam tetapi mereka akan membunuh SESIAPA sahaja yang menjadi batu penghalang utk mereka menguasai Palestin.

Marilah kita bersama mengambil iktibar dan semangat kemanusiaan yang dibawa oleh Rachel Corrie dalam mempertahankan saudara-saudara kita di Palestin.

Doakan Palestin ya.

IMG-20221018-WA0046



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping